Tuesday, March 26, 2013

BENGKUNG - MAK BIDAN D'HERBS

Bengkung Mak Bidan di perbuat dari kain belacu yang sesuai untuk digunakan sebagai bengkung kerana kainnya yang lebih lasak. Bengkung Mak Bidan sangat efektif untuk mengembalikan bentuk tubuh ibu-ibu bersalin selepas melahirkan kepada bentuk asal melalui penggunaan yang konsisten.

Kebaikan bengkung adalah merapatkan kembali tulang pinggul dan punggung ibu ibu yang baru melahirkan bayi. Penggunaan bengkung juga dapat mengempiskan bahagian perut dan menaikkan bahagian dada. Selain itu ia juga dapat mengembalikan bentuk tubuh kepada asal dengan penggunaan yang kerap dan betul.

KEISTIMEWAAN BENGKUNG MAK BIDAN

Diperbuat dari kain belacu asli yang bermutu tinggi dan selesa digunakan
Mempunyai diameter yang besar, panjang dan mampu menutupi seluruh perut bermula dari bawah payudara hingga ke pinggul.
Mudah digunakan walaupun bersendirian kerana mempunyai 2 ikatan tali
Boleh digunakan walaupun tidak di dalam pantang untuk mengekalkan kecantikan bentuk badan
Penggunaan berterusan bengkung Mak Bidan ini dapat merapatkan Otot Vagina
Membentuk kembali pinggul wanita yang kembang selepas bersalin kembali cantik persis anak dara

CARA GUNA BENGKUNG MAK BIDAN

Langkah 1

Lipat kain bengkung bermula dari kiri ke kanan
Lipat kain bengkung sebelah kanan pula ke kiri
 
Langkah 2

Masukkan tali disebelah kiri ke lubang jahitan disebelah kanan dari bawah.
Selepas itu masukkan pula tali di sebelah kanan ke kiri berselang seli sehingga sampai ke lubang yang terakhir yang berada di paras bawah dada.
 
Langkah 3

Setelah sampai ke paras lubang yang terakhir, lilitkan ke dua-dua tali yang berlebih tadi ke belakang dengan cara bersilang (seperti anda mengikat tali kasut yang panjang).
Lilit sehingga simpulan yang terakhir berada di bahagian hadapan dan anda telah pun siap berbengkung.

No comments:

Post a Comment